Kembali Berkhidmat
Alhamdulillah, semasa entri ini ditulis saya sudah kembali berkerja dan telah menjalani Kimoterapi keempat dan kelima pada awal Ogos dan September lalu. Sudah mendapatkan temujanji kimoterapi keenam pada 13 Oktober nanti.
Pada hari ini dikhabarkan berita seorang GPI PPD KK juga Alumni Tunas telah kembali kerahmatullah atas asbab SLE juga. Al -Fatihah ( Dibaca). Semoga arwah di cucuri rahmatNya dan ditempatkan dengan para solihin ...
Berita ini sangat mengesankan tapi sedia maklum, ajal itu PASTI akan sampai mengikut ketetapanNya. Tinggal saja yang masih di dunia mengambil pelajaran atau tidak sahaja. Ajall tetap datang walau apa jua asbabnya.
***
Masa di wad tempoh hari, saya sering terbayang ada kematian membayangi.
Kedengaran bunyi 'tiit' yang kuat daripada Mesin Jantung yang menandakan ketiadaan denyut jantung pesakit dari bilik sebelah.
Ia tentang masa. Tiba masa, tak dapat undur walau sesaat.
Comments
Post a Comment